Sebagaimana yang aku ceritakan dalam N3 yang terdahulu..Sudah lama blog ini di kecam oleh seorang 'stalker' tegar yang menggunakan nama pena "ORANG LAMA" (Selepas ini menggunakan singkatan OL). Komen pertama OL adalah pada April 2009 dalam N3 aku yang bertajuk "Terima Kasih Sahabat". Sehingga kini aku kira sudah lebih 10 komen yang ditulis oleh OL di laman blog ini. Memandangkan komen2 OL yang mengecam peribadi dan menggunakan perkataan yang memalukan, aku merasakan tidak wajar untuk komennya disiarkan. Tambahan pula jika tulisan OL ini jujur dengan niat untuk menegur, sudah pasti dia cukup berani untuk mendedahkan identitinya. Namun OL seringkali memberikan komen yang langsung tidak berkaitan dengan konteks N3 yang aku tulis serta mengecam, menghina dan menuduh aku dengan pelbagai tohmahan. Lanjutan dari itu aku dan Ain merasakan bahawa komen2 OL ini tidak wajar diberikan perhatian kerana kami yakin bahawa semakin tidak diendahkan tulisan2 OL, beliau pasti kecewa dan menghadapi tekanan kerana usaha2nya tidak mendapat sebarang sambutan. Sebagai gambaran, aku lampirkan salah satu komen OL di dalam N3 di blog ini. (Sila klik pada imej di bawah). Perhatikan kaitan komen beliau berbanding tajuk N3 tersebut. Apa pandangan kalian?
Salah satu komen Orang Lama (OL) di laman blog aku
Usaha terakhir beliau adalah di pada bulan September tahun lalu dan semenjak itu untuk seketika OL tidak lagi menghantar komen2 layang. Aku merasakan dia sudah penat barangkali untuk mencari ide bagi mencaci dan menghina kami.
Rupa2nya sangkaan kami meleset bila minggu lalu dia kembali menulis komen di dalam N3 yang aku khaskan kepada adik Mas Afzal (klik di sini untuk N3 tersebut). Dan komen yang kali ini OL turut menyebutkan nama2 orang yang difitnah, bermasalah dan tidak puas hati dengan kami dalam pelbagai isu yang langsung tidak berkaitan dengan N3 yang ditulis.
Kali ini aku dan Ain merasakan tindakan OL sudah keterlaluan kerana pelbagai perkara terlintas di fikiran kami, antaranya:
1. Benarkah kesemua nama yang dinyatakan OL dalam komennya memendam rasa dengan kami sebagaimana yang didakwa OL?
2. Adakah OL mempunyai bukti di atas segala tuduhan2nya dalam email layang itu?
3. Benarkah orang2 yang dinamakan dalam email layang OL itu mengadu dan bercerita dengan OL sedemikian rupa?
Kerana jika segala pertuduhan OL adalah berasas maka dia perlu mempamerkan bukti atas tuduhannya kerana dalam apa jua pertuduhan, tanggungjawab untuk membuktikan terletak pada 'si penuduh' dan bukannya 'yang tertuduh'. Kami tahu OL tidak akan berani untuk mendedahkan identitinya dan dia juga mungkin beranggapan emailnya kali ini tidak akan diendahkan sebagaimana biasa aku dan Ain.
Dan di situlah silapnya OL dalam hal ini.
Komen OL kali ini membuatkan kami nekad untuk bertemu muka dengan penama2 yang dinyatakan. Kerana:
1. Mungkin OL adalah salah seorang di antara nama2 yang dikatakan bermasalah dengan kami.
2. Jika tidak, mungkin juga penama2 ini pernah bercerita dengan OL tentang ketidakpuasan hati mereka kepada OL
3. Atau mungkin penama2 dalam email itu sememangnya tidak puas hati kepada kami tetapi tidak berani bersemuka dengan aku dan Ain untuk menjernihkan keadaan
4. Tapi yang lebih dikesalkan adalah sekiranya penama2 ini langsung tidak tahu yang namanya diperkotak katikkan OL di dalam emailnya dan mereka difitnah konon2nya bermasalah dengan kami.
Aku dan Ain seringkali dituduh oleh OL takut untuk bersemuka dengan penama2 ini dan oleh itu, kali ini kami menyahut seruan OL untuk bertemu dengan kesemua penama2 dalam email layang OL.
Aku tulis dan hantar email kepada semua penama2 ini untuk berbincang kerana aku merasakan jika penama2 ini jujur dan ikhlas untuk menyelesaikan sebarang kekeruhan sebagaimana yang didakwa OL, maka tiada apa yang perlu dikhuatirkan. Kita berbincang, berlapang dada dan selsaikan segala isu yang ada bersandarkan bukti yang jelas.
Email yang aku hantar semuanya menggunakan 'Blank Carbon Copy (BCC)' untuk tidak mendedahkan siapa penama di dalam email layang OL. Email layang OL juga tidak aku lampirkan dan aku katakan yang salinan email ini akan diberikan kepada penama2 yang hadir. Kaedah begini akan secara telus membuatkan penama2 itu tertanya2 siapa lagi yang mendapat email jemputan ini. Aku pasti takda siapa yang tahu siapa yang menerima email jemputan ini kecuali:
a. Penerima2 ini bercakap dan bertanya kepada orang lain
b Tentunya OL sendiri mengetahui siapa yang terkandung di dalam email layang itu kerana senarai ini berpunca dari email yang dia keluarkan!
Hasil dari jemputan yang ini:-
a. Ada yang terkejut tapi menyatakan yang mereka akan datang untuk mengetahui perkara sebenar berkenaan email OL
b. Ada yang menulis email mengatakan tidak dapat hadir atas alasan peribadi namun secara ikhlas menyatakan yang mereka tidak mempunyai sebarang isu dengan kami dan mendoakan agar misi bertemu OL berjaya melalui sesi perbincangan ini
c. Ada yang bersetuju untuk hadir tetapi tidak bersetuju dengan masa pertemuan kerana sibuk dan tidak mahu menggangu waktu persekolahan anak2 serta mencadangkan agar perjumpaan di buat pada hujung minggu.
d. Ada yang menghantar email tidak mahu hadir kerana bekarja dan tidak mahu campur dalam hal ini. Seketika selepas itu orang yang sama menghantar email tambahan menyatakan yang akan tetap tidak hadir walaupun beliau tidak bekerja pada masa pertemuan (hmm..musykil bukan?).
e. Yang tidak langsung menjawab email sama ada akan hadir atau tidak seolah2 membisu seribu makna. Untuk kategori ini aku tidak pasti sama ada mereka akan hadir atau tidak pada sesi tersebut.
Kenapa tidak mahu berjumpa sekiranya tiada isu? Entahlah..akupun tidak pasti rasional tindakan mereka itu.
Aku hantar email kedua meminta mereka yang tidak memberi jawapan dan tidak dapat hadir atas alasan2 tertentu untuk hadir pada sesi pertemuan itu. Aku tidak lagi mahu menangguh2 kan isu yang sudah lama diperkatakan di belakang kami sekeluarga sebagaimana pernyataan OL dalam emailnya. Aku tegaskan bahawa kehadiran mereka sangat penting untuk menyelesaikan isu ini. Berikut adalah email yang aku hantar kepada senarai nama tersebut:
Berani kerana Benar...
Aku dan Ain sudahpun bersedia untuk memohon maaf sekiranya memang kami bersalah. Dalam pada itu sekiranya isu itu berbentuk fitnah..mereka yang bersalah perlu memohon maaf kepada kami. Adil bukan?
Hasilnya perjumpaan jam 8 malam itu hanya dihadiri oleh aku, Ain dan 5 orang jemputan ( ini tidak termasuk dua penama yang lebih awal menghantar notifikasi mengatakan yang beliau tiada sebarang masalah dengan kami).
Kami berbincang secara terbuka akan isu yang diutarakan. Malam itu aku edarkan email layang OL yang menyatakan nama2 mereka yang bermasalah dengan kami. Dan turut aku edarkan keseluruhan 10 email2 layang terdahulu dari OL yang ditulis di laman blog ini.
Hasil pertemuan ini kami simpulkan beberapa perkara:-
1. Informasi yang ditulis oleh OL telah diolah dan diputarbelitkan sehingga menimbulkan fitnah yang sangat jahat dan negatif.
2. Informasi ini terlalu peribadi dan terperinci yang tidak boleh diperolehi melainkan oleh orang2 yang hampir dengan penama2 yang hadir (mungkin juga diberitahu hanya kepada teman2 yang sangat2 akrab di kalangan mereka)
3. Informasi yang pernah didengar oleh mereka yang hadir selama ini hanya pada sebelah pihak (yang menyebabkan mereka tidak puas hati kepada kami) Tetapi setelah bukti kami pamerkan, persepsi mereka berubah sama sekali dan memohon maaf atas judgement yang salah ke atas kami selama ini.
Beberapa cadangan dan usul turut diperolehi antaranya melakukan laporan kepada pihak berkuasa, menyiarkan kesemua komen2 OL di laman blog dan lain2 lagi usaha untuk menjejak OL ini.
Aku kira perjumpaan ini berjaya mencapai sebahagian objektif yang ditetapkan. Sekurang2nya kini OL tidak boleh mendabik dada lagi mengatakan yang aku BACUL dan PENAKUT untuk berjumpa dengan mereka yang dikatakan mempunyai isu dan masalah dengan aku.
Aku akan terus berkongsi komen2 dan email layang OL untuk dinilai oleh pembaca2 blog ini dalam N3 yang akan datang. Aku dan Ain sudah lama bersabar menanggung Aib dari tuduhan2 sebegini. Aku tidak akan menulis sekiranya aku tiada asas dan bukti untuk disandarkan. Jika OL atau orang2 yang mengenali OL (dan juga bersekongkol dengan OL) ada bukti untuk menuduh aku dengan pelbagai tohmahan, jemputlah ke rumah aku untuk kita bersemuka. Aku dan keluarga memang tiada sebarang masalah dengan mereka yang pernah menggunakan orang ketiga untuk merisik khabar hal kami. Jika memang aku yang dibuktikan bersalah, aku dengan rendah hati akan memohon maaf atas kesalahan aku. Atas dasar yang sama aku minta mereka yang aku buktikan bersalah meminta maaf kepada aku dan keluarga aku.
Aku kira hal ini sudah selesai tapi rupa2nya tidak. Aku dimaklumkan rakan2 kesungguhan aku untuk berdepan dan menyelesaikan masalah secara tertutup (sebagaimana email panggilan kedua yang aku lampirkan di atas) disindir2 dan diperlekehkan di laman Facebook. Dan mereka masih bercerita, sindir menyindir, kutuk mengutuk dan masih lagi berada pada pemikiran di takuk lama. Hanya berani sekadar bergebang di belakang seperti tong kosong. Bila berhadapan tidak pula berani bertentang mata dan kelu seribu bahasa.
Aku tidak omong kosong di sini. Allah itu maha kaya, aku dititipkan dengan 'print screen' perbualan mereka di laman Facebook berkenaan (Mereka ini bukan dalam senarai 'friend' aku di FB dan ada yang sampai sanggup mengecualikan aku dan family dan juga rakan2 aku kerana tidak mahu aku melihat identiti dan komen2 mereka di lama FB. Lucu bukan?.)
inilah yang mereka bualkan dilaman FB
Penulis A dan Penulis B merupakan mereka yang dijemput sama untuk sesi perbincangan tetapi tidak hadir pada sesi perbincangan itu. Manakala Penulis C tidak dijemput kerana sudah pulang ke Malaysia setelah mendapat gelaran Dr.
Bila aku imbau rupanya Penulis C pernah menulis komen dalam salah satu N3 di blog aku satu ketika dulu . Komennya walaupun Anonymous tetapi ditulis dengan nama beliau (aku padamkan namanya sekali lagi atas dasar ikhsan). Komen ini tidak aku siarkan tapi tetap aku simpan.
Yang lebih menarik dia melabel dirinya sebagai "ORANG LAMA" dalam komen itu (sila rujuk komen beliau di bawah) .
Perhatikan perkataan "ORANG LAMA" yang aku tandakan dengan kotak kuning di dalam komen di atas. Aku tidak pasti bagaimana dia menginterpretasi N3 ini hingga dia memberikan komen di atas (Sila klik di sini untuk N3 berkenaan)
Aku tidak pasti adakah beliau ini OL atau tidak. Yang aku pasti beliau (Penulis C) juga menggunakan perkataan yang sama (T***q) dalam perbualannya di laman FB bersama dua orang teman sebagaimana komen OL di imej awal yang aku paparkan.
Jika dia bukan OL, aku berasa kasihan kerana jolokan namanya dalam komen "Masyarakat yang aku kenali: Part 3" Telah digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keadaan. Walaubagaimanapun ayat Penulis C di dalam perbualan FB tersebut adalah sangat memalukan apatah lagi apabila perbualan sebegini boleh dilihat dan dinilai oleh orang2 yang berada di dalam senarai 'friend' mereka di laman FB.
Kepada penulis A, B dan C... anda takut? Memang patut anda takut dan malu. Anda tahu siapa anda..Akupun tahu siapa anda.
Insaflah...




Abahnajwa
Terkedu zar sekejap membaca entry ni. Dalam keghairahan org kita mengejar ilmu di rantauan, rupanya masih ada segelintir yg pemikirannya masih ditakuk lama. Sikap hasad dengki, baling batu sembunyi tangan rupanya masih sinonim dengan org kita..
Apapun, zar harap semuanya dipermudahkan buat abahnajwa sekeluarga. Ya berani kerana benar..
Salam..
Nazali.. dah jadi lumrah manusia terutama bangsa melayu kita.. hasad dengki tu mmg x dpt nak dibuang agaknya.. That's why la melayu kita masih ditakuk lama dek sikap segelintir org2 mcm ni.. Aku yakin 100% Orang lama tu bukan bangsa lain..
mengata orang lain penakut dan bacul, yang dia tu berani sangatkah berselindung disebalik nama "Orang Lama" tu??
With those kind of attitude aku yakin dia ni x kan kemana.. just suka mengutuk dan mengeji orang tanpa sebarang rasa bersalah. Agaknya kurang mendapat didikan agama dan kurang perhatian dari ibu serta bapanya dari dia kecil agaknya.. Pendidikan moral serta civic juga entah kemana..
bagi aku, kau lupakan je lah makhluk2 Allah yang sebegini.. Lambat laun dia akan senyap dan doakan semoga Allah buka pintu hatinya dan dia berubah menjadi seorang yang lebih berguna..
Keep It Up bro.. aku akan sokong kau mana termampu..
neeza ingat bila dah duduk di negara barat, fikiran pun berubah lah sikit menjadi macam orang barat.. takdelah sifat2 melayu yang tak elok tu..
Ada juga rupanya..
Apa lah yang dia dengki dengan Abah sekeluarga kan.. bagi neeza, orang yang tak puas hati dengan orang lain ni ada satu sebab je - dengki dan hasad. TAk boleh tengok orang senang...
Mungkin OL atau orang lama baca comment neeza ni.. Takpe.. baca lah.. kalau hati busuk, satu badan busuk.. kalau hati bersih, biarlah orang nak buat apa pun.. kita serahkan pada ALlah.. rezeki Allah yang bagi, bukan manusia..
Sabar lah Abah. Serahkan benda ni pada Allah.. Allah maha mendengar dan maha adil... memang susah kita bila hidup bermasyarakat yang tak suka tengok orang senang ni.. Tapi Allah Maha berkuasa... sabar ye Abah dan AIn..