Sehingga kini masih belum ada yang tampil untuk membuat pengakuan sebagai OL. Oleh yang demikian sebagaimana email kedua aku kepada penama2 dalam email layang OL yang aku nyatakan di dalam N3 terdahulu, aku tidak punya pilihan lain daripada terus menyiarkan komen2 layang OL di blog ini dan mengupas rentetan komen2 OL. Aku terlebih dahulu memohon maaf sekiranya aku terpaksa mendedahkan identiti2 individu yang dinyatakan oleh OL di dalam komen layangnya sama ada di N3 ini ataupun N3 yang akan datang.
Pada mulanya aku berhasrat untuk menangguhkan seketika N3 ini untuk memberi peluang kepada OL tampil, bersemuka dan memohon maaf secara terbuka. Malangnya terus OL berdiam diri dan tegar menyembunyikan identiti.
Berikut aku siarkan 3 komen2 layang OL untuk kalian lihat.
Komen 1
Komen 2
Komen 3
Apa pandangan kalian?
Menyorot kepada N3 terima kasih sahabat, sebenarnya ada peristiwa yang menjurus kepada N3 ini. Sesi tegur-menegur ini dibuat secara tertutup dan hanya disertai oleh 7 orang (termasuk aku dan isteri). Komen OL pada N3 ini menunjukkan seolah2 dia tahu intipati perbincangan kami secara terpeinci. Kesimpulan yang dapat aku buat dari komen OL adalah sama ada:
1. 5 orang yang berada di sesi itu (tidak termasuk aku dan Ain) bercerita dengan orang lain secara terpeinci akan hal2 yang kami bincangkan dan orang lain ini (OL) menghentam aku dengan komen2 ini berdasarkan informasi yang diperolehi dari mereka berlima.
2. Salah seorang atau kombinasi mereka berlima ini yang merupakan OL dan menulis komen2 layang di blog aku
Komen OL ini sebenarnya sudah cukup kuat untuk aku menyenarai pendek suspek berkenaan 'OL'. Tapi sebagaimana aku nyatakan dalam N3 terdahulu, kita tidak boleh membuat sebarang pertuduhan tanpa sebarang bukti yang kukuh. Setiap orang adalah 'innocent until proven guilty'!
Oh ya, jumaat malam lalu aku terima satu panggilan dari seseorang. Panggilan pertama beliau tidak sempat aku angkat kerana aku berada di tingkat atas semasa talifon bimbit aku berdering. Sebaik sahaja panggilan kedua berulang seminit kemudian terus sahaja aku angkat. Sebaik sahaja dia memperkenalkan diri, dia terus memprovokasi aku dengan pelbagai soalan dan tuduhan. Semakin lama semakin dia bertempik, menjerit2 dan memaki hamun aku di talian talifon. Dia menuduh aku sering mengganggu keluarganya dan memberi amaran dan mengancam aku agar jangan mengganggu keluarganya lagi.
Aku sangat pasti yang aku tidak pernah mengganggu keluarganya. Tindakan dia menyerang aku telah menimbulkan persoalan dan tanda tanya. Jika dia tiada kaitan dengan OL, kenapa dia tidak mahu datang berbincang secara berhadapan semasa dijemput tempohari. Kenapa pula dia merasa marah dengan N3 aku sebelum ini yang berkisar dengan kisah OL.
Setelah berbincang dengan Ain, kami mengambil keputusan untuk terus melaporkan hal ini kepada pihak polis. Tindakan ini aku lakukan untuk melindungi diri dan keluarga dari ancaman si pemanggil tadi.
Aku laporkan keseluruhan insiden ini kepada polis melalui talifon pada malam itu juga. Selepas mengambil statement dan diberikan nombor laporan, aku dimaklumkan polis berkenaan yang pihak polis akan berhubung dengan aku keesokan harinya (sabtu) untuk tindakan lanjut.
Pada sabtu pagi aku dihubungi seorang detektif dari cawangan yang berhampiran dengan tempat tinggal bertanyakan hal ini. Aku katakan semula apa yang berlaku. Aku ceritakan segala butir panggilan yang aku terima dan kegusaran aku ke atas tindakan yang mungkin dilakukan oleh pemanggil kepada aku dan ahli keluargaku. Aku tanyakan padanya sama ada tindakan yang aku lakukan ini betul atau keterlaluan. Dia menyatakan yang ini adalah tindakan yang sewajarnya dan memberitahu bahawa dia akan menghantar seorang detektif ke rumah aku pada hari ahad untuk berbincang dan mendalami isu ini dengan lebih terpeinci.
Tepat jam 9 pagi semalam detektif itu muncul di rumah dan kami berbincang lama. Aku unjukkan talifon aku dan dia mengambil segala informasi berkenaan pemanggil. Dia bertanya kronologi hal ini dan aku tunjukkan segala komen2 OL kepada pegawai polis berkenaan.
Kami berbincang hampir 30 minit dan dia memberi pandangan berkenaan tindakan2 yang perlu aku ambil sekiranya aku diancam sekali lagi oleh pemanggil. Dia juga menyatakan bahawa segala tindakan dan tulisan aku di dalam blog ini tidak menyalahi undang2 dan menyokong tindakan aku untuk terus menulis di blog ini.
Kini hal OL sudah rasmi dalam perhatian polis.
Dalam pada itu pegawai polis berkenaan menasihatkan aku untuk tidak berhubung dengan pemanggil tersebut. Dia juga mengusulkan agar aku mendapat khidmat nasihat dari 'Citizen Advise Bureau' yang akan turut sama memberikan pandangan dari aspek perundangan berkenaan hak2 aku di bawah undang2 civil.
Kepada OL, aku masih waras dan terbuka untuk menyelesaikan hal ini secara berhadapan dan tertutup.
Kepada mereka yang masih menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap aku, aku masih sedia berbincang dengan fikiran terbuka.





bila baca entry2 terkini abah, terkedu, dan rasa pelik, macam mana org yang buat PhD boleh berkomunikasi dlm facebook macam tu, tak ubah macam budak2 remaja dlm myspace, friendster bagai, silap hb budak2 tu lebih elok tak guna perkataan "teloq" bagai. yang takdak "teloq" tu betinalah kot? memalukan. Lecturer ke org tu abah?
ingatkan yang dok berkumpul ramai2 kat oversea tu, jauh dari negara sendiri, bersatu padu, rupanya mentaliti melayu cap ayam masih dibawa sampai ke sana. Ini yang ditakuti.
Sabar je lah abah & ain, kalau tak salah, takde apa yang perlu ditakuti, kalau bersalah, bersedia meminta maaf.
zany