Kebelakangan ini satu persatu rakan lama aku temui di laman facebook. Dari teman2 di sekolah menengah hinggalah kawan2 di universiti di peringkat diploma hingga ke pengajian pasca-siswazah. Inilah salah satu kebaikan laman sosial ini; mengeratkan kembali hubungan sesama rakan yang sudah lama tidak bersua. Terkini facebook kembali menemukan aku dengan seorang sahabat lama yang sudah 17 tahun terpisah yang lebih mesra dengan panggilan Zack. Zack senior setahun dari aku dan menuntut dalam bidang yang sama denganku iaitu bidang pengurusan harta tanah. Jadi semasa aku menuntut di tahun 1 dia sudahpun berada di tahun dua. Orangnya cool dan pakar dalam sistem komputer malah menjadi pakar rujukan kami kalau ada sebarang kerosakan pada komputer peribadi. PENYAKIT MENTAL
Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya, jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.
Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;
Penyakit-penyakit psikosis.
Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis)
Penyakit Psikosis
Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.
Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna.
Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.
Penyakit-penyakit Bukan Psikosis
Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).
Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.
RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL
Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu.
Rawatan-rawatan Utama Yang Selalu Digunakan
Psikoterapi dan kaunseling
Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu.
Rawatan psikotropik
Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Rawatan tingkahlaku
Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.
Rawatan elektrokonvulsif
Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.
Sumber: Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
____________________________________________________________________________
Kebetulan pula Kak Aida ada di rumah kami dan dia baru sahaja lulus Viva PhDnya dan kini sah bergelar Dr yang pakar dalam bidang farmasi. Nantilah aku tanyakan pada dia. Mana tahu ada ubat2 yang bersesuaian untuk pesakit mental ni. Kalau nanti aku berpeluang berjejak kasih dengan Jang bolehlah aku kongsikan dengan dia sekiranya dia masih lagi menyimpan hobi lama memerhati pesakit2 mental ini.
P.S: Dah lebih dua tahun aku di bumi UK. Tak pernah sekalipun aku terserempak dengan orang2 gila atau pesakit mental yang berkeliaran di Liverpool ini. Barangkali sistem pengurusan pesakit2 mental di sini lebih baik berbanding di Malaysia agaknya.Semua pesakit2 di tempatkan di tempat2 yang selamat agar jiwa mereka tenang dan tenteram dan diberi ubat2an yang berkesan untuk menangani tekanan jiwa mereka.:-)




Salam,
Menarik juga membaca mengenai orang gila ni. Hmmm.
Pernah ada pengalaman disakat oleh orang gila di kampung saya ketika sedang solat di masjid :)
bro- saya pernah nmpk org sakit mental di jitra dulu...kata2 orang dia sakit mental kerana gagal dpt phd..sian tgk dia ....terbiar jer..tk dak pulak org nak masukkan dia ke wad pesakit mental..lari agaknya...
mudah2an kita dijauhkan dari sakit mental...amin.......biarpun laluan kehidupan kita semua ada cabarannya tersendiri....
Alif,
Macamana agaknya ya orang gila di masjid tu..
Mama,
Ya Rabbi..kesiannya pada pesakit tu..Betul ker dia tak habis PhD? MIntak dijauhkanlah hendaknya..