Abahnajwa

Daging dendeng idaman kalbu



Semenjak Ain kembali pulih dari melahirkan Adam, dapur rumah kami sudah kembali meriah apatah lagi kini dia sudah berniaga. Ain kini mula berani mencuba menu2 di luar zon selesanya. Beberapa hari lalu dia mencuba menu ayam goreng rose yang baru dipelajari dari seorang teman semasa sama2 menghadiri usrah di Minster Court. Boleh tahan juga enaknya menu ini. Dan soalan mengenai menu seringkali menjadi topik harian kami terutamanya sebelum tidur.

"Bang..esok pagi nak buat sarapan apa ya untuk anak2?"

Dan kitaran ini merupakan persoalan ruji kehidupan Ain. Sebagai suri rumah sepenuh masa memasak merupakan elemen penting dalam scope of work Ain. Dari menu ayam ke menu makanan laut meliputi ikan, udang, sotong dan daging. Terkini dia mula berjinak2 dengan menu barat pula..bermula dengan pasta, lasagne dan aku pasti tak lama lagi dia tentu akan terus meneroka menu2 baru.

Tugas aku dalam konteks ini memang cukup mudah. Bila sahaja soalan keramat...

"Bang..nak masak apa ya hari ni?"

keluar dari mulut Ain..Aku cuma perlu bersedia dengan jawapan..(Sebetulnya kadang2 aku agak cerewet dalam hal lauk pauk dan menu..hehehe).

Kebelakangan ini aku teruja untuk menikmati DAGING DENDENG. Kalau di Kuala Lumpur memperoleh daging dendeng memang cukup mudah. Semasa bekerja di pejabat yang berhampiran dengan Kg Baru dulu, seringkali aku dan Ain bertukar2 gerai dari gerai2 makan yang berderet di sepanjang pintung gerbang yang menjual nasi campur, hinggalah ke Restoran Sari Bundo atau Sari Ratu kami mencari daging dendeng.

Dan aku memang tak pernah bosan dengan daging dendeng ini. Dengan rangupnya daging lembu goreng yang dihiris nipis yang diperap dengan pelbagai ramuan dan herba, disertai pula dengan sambal cili merah, disajikan dengan nasi putih panas2 sahaja sudah cukup membuatkan aku bertambah nasi dua-tiga kali. Kadangkala kalau di gerai nasi padang kegemaran kami di Kampung Baru, sudah pasti daging dendeng itu aku lebihkan menunya untuk diratah..hahahaha..

Daging dendeng juga menjadi menu kegemaran arwah ayah. Semasa aku masih kecil, selalu juga dia membeli daging ini di KL bersama sama satu lagi menu kegemarannya iaitu paru goreng garing. Mungkin dari situ agaknya citarasa yang sama ini kini menjadi kegemaran aku.

Ish..mengingatkan menu daging dendeng ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan aku kecur. Duduk di Liverpool ini..manalah ada gerai yang menyajikan menu sebegini. Beginilah ragam kehidupan di perantauan..banyak menu yang terbayang2 dalam imiginasi (teringat dulu bila Afiff di suatu petang bertanyakan kuih goreng cempedak..terkebil2 aku dibuatnya..manalah ada cempedak goreng di Liverpool ini).

Jadi aku sudah nekad..aku akan cuba sedaya upaya untuk membodek Ain agar menyediakan menu ini dalam masa terdekat. Dalam pada itu aku sudah mula men'google' resipe daging dendeng di internet. Bahan2 mentahnya seakan mudah diperolehi. Cabarannya adalah untuk memastikan yang daging itu cukup garing dan rangup sebelum ditatahias dengan sambal cili merah.

Pernah aku tanyakan dulu pada Along di kampung (masakan minang dan padang memang serumpun dan tak jauh berbeza). Along pernah bercerita yang menu daging dendeng ini adalah menu orang2 lama. Jadi kalau ada orang2 lama yang ingin berkongsi resipe daging dendeng di blog ini...silakan..Kecil tapak tangan stadium Anfield aku tadahkan..:-)

Bila Ain sudah cukup mahir menyediakan menu daging dendeng ini kelak..akan aku jemput teman2 menjamu selera di rumah...kita makan menu ala-padang di Wavertree ya..hehehehe

Dua minggu lalu sebelum Kak Eda datang ke Liverpool untuk Viva PhDnya, dia ada bertanya kepada Ain jika ada apa2 yang kami ingin kirim. Terbayang juga untuk meminta Angah atau Alang menitipkan daging dendeng Kampung Baru melalui Kak Eda. Tapi bila aku teringat kisah seorang rakyat Malaysia yang ditahan oleh UK Border Agency di sebuah lapangan terbang di UK kerana membawa daging dendeng untuk teman kepada saudaranya di sini, terus aku kuburkan niatku itu. Penguatkuasaan UK Border Agency bukannya benda main2 di sini.

Akibat daging dendeng tersebut rakyat Malaysia itu dibatalkan kemasukannya ke UK dan terus dihantar pulang serta merta dan diban dari memasuki UK untuk beberapa waktu. Seriau aku dibuatnya. Tak sanggup aku meletakkan risiko sebegini kepada Kak Eda. Bayangkan kalau dia ditahan kerana membawa daging dendeng idamanku itu dan dihantar pulang serta merta serta diban dari memasuki UK untuk beberapa ketika. Apa akan jadi pada Viva dan PhDnya kelak? Nauzubillah...

Biarlah aku tunggu sahaja daging dendeng sulung air tangan Ain nanti...

Tak dapat yang macam di atas tu, dapat yang macam ni jadilah ya Ain..:-)

Labels: edit post
Reactions: 
4 Responses
  1. Salam,

    Humang ai, abah! Tak dapek seh nak nolongnyo! Jauh bonar Anfield tu. Kosian.

    Anak negori dongan daging dendeng macam irama ngan lagu. Cubo abah tanyo kek Kak Ungku kekdahnyo nak memasak daging dendeng ni.

    P/s: Isnin lepas makan daging dendeng di Sari Ratu:P Jangan jeles,


  2. torqxic inc. Says:

    ...SOOOODAAAPPPPP!!!! Nak kobaan nang bonaa eeh!!


  3. KAKTINY Says:

    wah.. cabaran hebat utk kak ain nih..

    request yang bukan calang-calang anak dari hubby tersayang..

    daging dendeng.. abah kecur liur...kak ain merecik peluh babe.. kehkehkeh..


  4. MULAN Says:

    mana tau weekend ni dapat rasa.. tersergam atas meja..