Abahnajwa


Paris...Disebut orang kota cinta..Kota fesyen..City of lights dan sebagainya lagi..

5 tahun lalu..pernah aku utarakan pada Ain..

"Ain..apa kata kita buat "dream book"?

"Dream book?"

"Ha'ah..family dream book..Kita beli satu album gambar..dalam tu kita ambik segala yang kita impikan..segala gambar dalam majalah ke..internet ke..Kita tampal jer benda2 tu dalam "dream book" tu..Amacam?"

"Walaupun benda yang kita nak tu benda yang kita tak mampu?

"Itulah nama dia "dream book"..Kita tak payah nak kekang dengan alasan kita tak ada duit ke..tak ada masa ke..Kita assume kita ada sebanyak duit yang mungkin..dan kita bayangkan yang kita ada sebanyak masa yang kita nak..Jumpa aja benda yang kita teruja..kita tampal dalam dream book tu..Dream book ni akan jadi motivation kita..Kalau kita frust ker..kita bukak dream book ni balik bagi kita semangat..And let us build this dream with the kids..Everytime they like something that they want..ask them to cut the picture and put it inside the dream book.."

Dan semenjak itu kami membina impian bersama..dalam dream book kami ada section..Abah's dreams..Mama's Dreams dan The Kids Dreams..Setiap kali kami terjumpa apa yang kami inginkan..kami tampal gambar impian tersebut dalam dream book keluarga kami..

Dari koleksi kereta..barang kemas..toys..percutian..rumah...apa sajalah..kesemuanya ada di dalam dreambook tersebut..

Setiap kali impian ini tercapai..kami sama2 buka kembali dreambook ini dan kami tuliskan perkataan "dream achieved" atau "mission accomplished" di sebelahnya..

Disepanjang 5 tahun ini ada juga impian yang tercapai..lebih banyak yang masih ingin digapai..

Masih aku ingat..dalam percutian impian..aku dan Ain tampalkan gambar "Eiffel Tower"dan Kota Paris...bersebelahan dengan 3 keping gambar Disneyland, Mickey Mouse, Buzz lightyear dan Donald duck yang ditampal Najwa..Ayeip dan Afiff..

"Entah bilalah nak dapat dream kita nak tengok Eiffel Tower dan dan bawak anak2 ke Disneyland ye bang?"


Aku cuma mampu tersenyum ketika itu..Ketika itu Najwa baru berusia 6 tahun, Ayeip 4 tahun dan Afiff 2 tahun..5 tahun yang lalu..

Hari berganti hari..bulan dan tahun bersilih musim..Ketika membuat persiapan untuk ke UK 1 1/2 tahun yang lalu..Sempat aku selak dream book kami yang sudah lama tidak diupdate..Kerana kesibukan aku di Batu Pahat dan Ain di KL..Dream Book kami tidak lagi di isi dengan impian2 baru..Lalu aku tinggalkan sahaja Dream Book itu di Malaysia..

Ketika ini..aku terlalu rindu pada Dream Book itu..Kerana di Dream Book itulah aku menyemai harapan..Di Dream Book itulah segala impian yang tak pasti akan kesampaikan dititipkan segala kebarangkalian dan harapan yang entahkan tergapai mahupun tidak..

Di kala ini..dua impian aku, Ain dan anak2 akan terlaksana esok..

Esok kami akan ke Kota Paris..


Ain akan berpeluang melangkah kaki ke Kota idamannya..Melihat sendiri Menara Eiffel di depan mata..Anak2 akan ke Kota idaman mereka di Disneyland..Bersua Mickey..Buzz Lightyear dan Donald Duck..
Sepanjang minggu ini..itulah topik perbualan mereka..

Jika Dream Book ini ada bersamaku di sini..akan sama2 kami tampalkan perkataan "Mission Accomplished" di dua impian yang kami angan2kan 5 tahun yang lalu..

Sesungguhnya terlalu besar nikmat yang Allah berikan..kepada mereka yang berharap..berusaha..bertawakal dan sabar dalam mengejar impian..

Buat semua..Kejarlah impian anda dan jangan pernah berputus harap..

Kadangkala kita tersasar dan kecewa..namun apalah erti kemanisan mengejar impian tanpa terlebih dahulu melalui rintangan dan halangan..

Di luar sana terlalu ramai pencuri impian yang bakal mengatakan yang anda tidak mampu mengejar akan apa yang ingin anda kecapi..

Jauhkan diri dari "dream stealer ini"..Kerana tiada siapapun yang berhak mencuri impian anda..

Alhamdulillah...Dua lagi impian kami akan tercapai esok..dan aku tidak sabar melihat kegirangan Ain dan anak2 ketika kami sampai ke Paris esok...





Labels: , , edit post
Reactions: 
15 Responses
  1. sya Says:

    Alhamdullilah.. cita2 tercapai jua. Enjoy urself there


  2. zareda Says:

    Congrates.. tercapai lagi sebuah impian...

    Happy Holiday.. semoga sekeluarga bergembira di Paris nanti..


  3. aNIe Says:

    Zali...sweetnya dreambook tu...

    Nampaknya sedikit demi sedikit impian telah tercapai...alhamdulillah...

    Anak2 & ain pasti terasa macam mimpi bila berada di Paris & Disneyland tu...


  4. HappyIrfa Says:

    salam abah..
    wah bagus gak idea drem book tu yer..kami pun ada impian gak cuma x de tulis dlm buku,simpan dlm otak je..borak2 bila nak tido.
    disneyland paris tu mmg xcukup satu hari utk cover..nanti check ada tak nama saya kat menara eifel tu yer..ada tulis ngan marker pen.hehe


  5. hanimndroid Says:

    perkara menarik yg ingin saya contohi. br dpt trace dan kita dpt lihat progress nya kan. allow me please y abah


  6. Anonymous Says:

    hai paksu..
    su ni..
    best nye dpt pegi paris kan..
    dpt g disneyland lg..
    happy holiday.. :)


  7. KAKTINY Says:

    SALAM ABAH NAJWA...

    lama sungguh kaktiny tak tinggal jejak di sini... entah abah dh lupa sapa kaktiny ni.. kehkehkehkeh..

    wah wah wah.. berjalan di kota paris yer.....
    selamat menikmati keindahan ciptaan Allah yer..


  8. lupekanje Says:

    acik...errr...errr...cam tk ada impian...huhu


  9. pB Says:

    salam

    wau ...
    pB yg baca ni pun dah excited tuuu..

    bagus gak idea dream book tu , macam cerita yang Queen Latifa tu berlakon. Dah lupa dah tajuk movie tu...

    Moga u all enjoy urselves di sana nanti...
    4sure gambar berlambak tu .

    jangan lupa tempek dalam n3 akan dtg , tau ....


  10. PrinCeSS Says:

    uwaaa seronoknyaa..
    PARIS..destinasi idamanku
    nak ikuttt!!


  11. MULAN Says:

    selamat bercuti.. have fun semua...!!


  12. rahma Says:

    salam... jln2 kat sini.
    happy holiday!!! ^0^


  13. cikteddy@yahoo.com Says:

    sy dah lama teringin nak ke PARIS!!! nak ikut.. :)


  14. Abahnajwa Says:

    Kak Sya..

    Ni baru balik ni..Terima kasih kak sya..

    Zareeda

    Alhamdulilah..semuanya demi keluarga dan anak2 kan?

    Kak Anie

    Exactly..rasa macam nak menangis bila tengok Ain renung Eiffel Tower tu dan anak2 cium pipi lepas masuk gerbang Disney tu kak..Terharuuu

    Happy Irfa

    Nasib baik kami gi dua hari..lepaslah gian budak2 ni naik most of the rides..Eiffel Tower tu Najwa jer yang naik tangga dia..Lif punyalah beratur panjang..dia yang beriya2 nak naik sangat..hahahaha

    Hanim..

    Perkara yang baik kita kena kongsikan...sila..sila

    Su

    TQ..TQ...


    Kaktiny

    Kekasih hatiiiii..mana boleh lupaa...Terima kasih ya kak..Nanti saya update pengalaman kami

    Acik

    Dah tercapai kot semua..tu yang takda dah impiannya..:-P

    PB

    Nanti abah update ya..

    Princess

    Mehlah joinnnn

    Mulan

    TQ..TQ

    Rahma

    Jalan kat mana tuu? TQ

    Cikteddy

    Jommmmmm


  15. su Says:

    salam paksu..
    hihihi..saje je wat semak kt komen paksu ni..
    jagn marah ea..
    su baru bikin blog sendiri..
    xpandai lg nk bikin la..
    hihihi...