Abahnajwa


Beberapa minggu sudah berlalu...Tapi memori yang terpahat di ingatan masih segar dalam ingatan..Maaf kerana agak lewat mengemaskini N3 yang kali ini..Sebetulnya sekembali dari Paris aku agak kurang sihat..dan agak sibuk membuat persediaan untuk ke persidangan di Stockholm..

Apa lagi yang mahu aku perkatakan..sememangnya Kota Paris memberi seribu satu kepuasan kepada kesemua ahli keluarga..Setiap impian Ain dan anak2 tercapai di Kota Cinta itu..

Kami bertolak seawal jam 6am..Bas datang tepat pada waktunya..26 ahli rombongan Cik Ainon (Sebab Ain ketua organisernya..hahaha) sudah bersedia dengan semangat waja di depan rumah kami.. Semua barang dipunggah secara gotong royong..


Perjalanan mengambil masa 6 jam dari Liverpool ke Dover..Kami kemudiaannya menaiki Feri dari Dover ke Calais..Perjalanan mengambil masa 45 minit..Kami sempat berpicnic di dalam Feri berkenaan...Dari segala jenis lauk, sandwich, nuggets, air panas, jus segalanya di pot luck kan di dalam feri berkenaan..



Seronok melihat abang Jundi dengan hobi barunya..ke sana ke mari dengan kamera Nikon D90..semua sudut menjadi terjahan lensa kamera abang Jundi..hinggakan di dek tingkat atas ahli2 rombongan tidak melepaskan peluang bergambar..



Sampai di Calais perjalanan diteruskan selama 3 jam lagi..Agak pelik melihat kebanyakan kenderaan memandu di sebelah kiri berbanding bas kami..Yang lebih lucu bila sampai ke plaza tol di mana Nigel (pemandu bas kami) terpaksa turun dari bas untuk membayar tol yang juruwangnya terletak di sebelah kiri!


Sesampainya kami di tapak perkhemahan (Le Parc De Paris)..kunci diberikan kepada kesemua ketua keluarga..Kami sebulat hati memberikan satu2nya caravan untuk dihuni Hanafi dan keluarga..manakala yang lainnya menghuni tent 2 bilik..Walaupun tent ini berasaskan canvas..namun ia amat selesa..siap dengan microwave, dapur dan juga katil yang selesa. Kurangnya cuma tiada sinki dan bilik air. Bilik air dikongsi beramai2 di satu kawasan yang berhampiran dengan tent sekitarnya.

Malam itu kami berBBQ...sebagaimana dipersetujui..caravan yang dihuni Hanafi akan menjadi port tetap memasak dan membungkus makanan kerana terdapat sinki untuk memudahkan kerja2 memasak..Anak2 kesemuanya seronok menjadi chef malam tersebut menyediakan juadah BBQ buat kesemua rombongan..Afiff bersungguh2 mengipas ayam dan sosej pada malam itu..



Suasana sangat santai dan ceria diselang usik mengusik sesama kami..Aktiviti tamat hampir jam 12 malam...Kami terus ke tent masing2..mencari tilam dan bantal kerana keesokan harinya sesi sightseeing sekitar Paris akan dilakukan..Bagi ibu2 mereka akan lebih awal ke caravan Hanafi untuk menyediakan bekalan untuk esok..


Keesokannya..Selesai bersarapan..lebih kurang jam 8.30am..bas mula bertolak ke kota Paris..Ternyata benar kata orang kan..Jauh perjalanan luas pemandangan..Senario kota Paris jauh berbeza dengan suasana di UK..Ada ketikanya bas kami terhenti agak lama dek kesesakan trafik kota ini..Teringat aku kembali hiruk pikuk traffic jammed di KL..Tak jauh berbeza..Dalam perjalanan itu..beberapa kali kami melalui terowong2..Sempat aku berbisik pada Ain..

"Entah2 salah satu terowong nilah yang Puteri Diana kemalangan tu agaknya.."

Ketika hampir ke kota Paris..aku kagum dengan banyaknya basikal yang melintasi bas kami...lebih menarik aku lihat tersusun rapi basikal yang cantik barangkali untuk disewa mereka yang tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalulintas..



Keasyikan aku tersentak bila Afiff bersuara..

"Eh Abah,..tengok tuuu...Orang hantar McDonalds pun pakai basikal..tengok tu Bahh.."

Hahahaha...bersusun beberapa basikal seakan beca moden tertulis lambang McDonalds...menarik..sangat2 menarik..


Kami terus ke Arch de Triomphe dan Lourve Museum bergambar sakan..kemudian berjalan ke Notre Dam sebelum ke Masjid dan diakhiri dengan Eiffel Tower..


Melihat Ain merenung Eiffel Tower sudah cukup membuatkan aku puas..aku tahu dia juga pasti bersyukur...:-)..


Hari yang sangat2 meletihkan..tapi penuh dengan keceriaan dan kegembiraan...

2 hari seterusnya adalah hari memenuhi impian anak2..Najwa, Ayeip dan Afiff dengan ceria menaiki hampir kebanyakan rides yang ada di Disneyland dan Disney Studio..Aku pasti pengalaman ini akan terus terpahat di dalam ingatan mereka..



p.s ---> terlalu banyak gambar yang ingin aku kongsikan di sini...kalau sesiapa yang melawat laman facebook aku..ianya lebih meriah di sana..;-)


Labels: , , edit post
Reactions: 
7 Responses
  1. pB Says:

    Salam Abah


    wow .....
    seronok nyerrrr


  2. zino Says:

    nampak meriah....


  3. HappyIrfa Says:

    seronok tgk gambar..bestnya bercuti beramai2..


  4. Abahnajwa

    wajah wajah bahagia dan ceria di Paris.. zar pun teruja sama..

    Sungguh asyik melihat gambar gambar...


  5. KAKTINY Says:

    salam abah..

    tetiba rasa bergenang airmata melihat keindahan dan kebahagiaan yang jelas terpancar dari mata-mata ikhlas abah, ain dan anak-anak semua... syukur kepada Allah..

    Semoga abah, ain dan anak2 abah semuanya terus bahagia dan gembira dunia dan akhirat..

    nak layan kat facebook la plak.. (cepat abah.. approve kaktiny.. nk layan gambar2 nih.. hihihi)


  6. MOKCIK AZWA Says:

    Assalam Bro..

    Seronoknya tengok wajah2 riang bergambar di kota Paris..pasti bahagia dapat bercuti2 bersama keluarga di sana kan.


  7. shasha Says:

    salam abahnajwa,

    Saya silent reader abahnajwa sudah beberapa ketika jugak la.

    Skang menuntut di Paris. Kalau saya tahu lebih awal kedatangan abahnajwa sekeluarga ke Paris, mesti best kalau boleh jumpa.

    Btw, basikal Macdonald tuh bukan digunakan utk hantar delivery Macdonald, tapi itu sebenarnya basikal beca, utk sightseeing Paris. Macdonald tuh tumpang taruk iklan aje.

    Voila..teruskan menulis okeh!

    Au revoir, à la prochaine iAllah.