Abahnajwa
Ain dan Najwa..

Lama betul aku tak bercerita pasal Ain kan? Sebetulnya dia agak sibuk beberapa minggu kebelakangan ini..Bekerja di belakang tabir bagi menjayakan Malam Apresiasi MSC/KUL 2009..Dalam masa2 sebegini dia agak kurang berjualan kini..Masanya lebih tertumpu bagi program yang julung2 kalinya dijalankan bagi warga Liverpool..

Dari urusan merencana belanjawan, pembelian barang2, masakan menu utama malam tersebut nanti, hampir keseluruhannya dibantu oleh Ain. Alhamdulillah..dengan Hadi sebagai teraju utama. Dibantu pulak oleh sidekick yang mantap seperti Abu dan Puteri serta kerajinan Shuib dan Jee..Hampir segala urusan setakat ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan tersusun...

Memang sangat beruntung kepada sesiapa yang tahu menghargai isteri..Aku yakin yang setiap kasih sayang yang diberikan suami..dibalas 1000 kali ganda dari isteri..Isteri orang lain aku tidak pasti..Tapi Ain isteriku memang begitu..

Terjumpa pula aku sedikit informasi tentang Hak isteri yang menjadi tanggungjawab suami..Sekadar berkongsi informasi..Aku 'cut and paste' nukilan seorang blogger yang aku lupa dari mana sumbernya untuk tatapan kalian...

-------------------------------------------------------------------------------------

Hak memberi nafkah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami. Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang boleh si suami lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan . Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga....susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak suami mesti memenuhi segala kewajipan dia.

Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja rumah. Tiada undang2 dlm Islam mengatakan semua kerja dlm rumah harus dilakukan oleh si isteri, sedangkan nabi Muhammad s.a.w melakukannya sendiri kerja rumah tanpa menyuruh isteri beliau iatu Khadijah.Suami yang suka menyuruh2 si isteri adalah suami yang egoistic.Dari itu suami yang bijak dan beriman tahu akan tanggungjawab barulah bahagia hidup, hingga ke syurga.

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan
isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.


1)Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak , suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2)Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

Muafakatlah, kerana ia membawa berkat.

Saya harap kalian faham akan penjelasan ni. Kalau isteri kaya, si suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat fitrah kepada suami.

-------------------------------------------------------------------------------------

Haa..menarik bukan? Jadi kalau beristerikan wanita yang berkerjaya..Hargailah ia dengan lebih lagi..Kerana mereka berpenat lelah membantu kita lebih dari apa yang sewajarnya..

Tapi..bagi si isteri pula..berpada2lah juga ya..Janganlah disebabkan kita ini turut menyumbang dalam ekonomi keluarga..berpendidikan tinggi (atau mungkin setaraf atau lebih berbanding suami), wanita berkarier dan sebagainya..itu tetap tidak memungkinkan anda layak bersuara lebih dalam keluarga, merendah2kan martabat suami hingga membuatkan tindakan anda kelak memalukan diri sendiri dan keluarga. Kadangkala berdiam diri itu jauh lebih manis dan mulia dari kita mengeluarkan kata2. Biarlah kita bercakap yang perlu2 sahaja..

Semoga Ain akan terus menjadi isteri yang mendorong aku ke arah kebaikan, menerima aku seadanya dan menjadi ibu yang penyayang kepada anak2ku sekalian..

To Ain...Love you always..Kalau ada duit lebih jual nasi lemak dan kuih muih2 tu..Simpanlah untuk bekalan masa hadapan...:-)




Labels: , , , edit post
Reactions: 
5 Responses
  1. fazadilla Says:

    so sweet :)


  2. HappyIrfa Says:

    beruntungnya kak ain..semoga rumah tangga aman bahagia forever n ever.
    amin


  3. AZANI Says:

    keluarga muafakat bawa berkat..
    abahnajwa:kat sana tak kecoh pasal influenza H1N1 ke?


  4. hanimndroid Says:

    sy amat la bahagia mendengar bahawa kerja rumah tu, bkn tggjwb isteri semata2. sbb amalan di rumah, mak dan anak2 pmpn yg kena buat. yang lelaki tidak. kerja remeh katanya. kerja org pmpn katanya. sdgkan kalau sama2 buat, sama2 mkn, sama nikmati rumah bersih, kan bagussssss...


  5. aNIe Says:

    Bertuah Ain mendapat suami yang pandai menghargai segala penat lelahnya selama ini...dah bertuah abah kerana mempunyai isteri yang sanggup memberikan lebih dari apa yang diberikan suami...alhamdulillah...semoga apa yang dirasai & dilalui bersama sekarang menambahkan ikatan kasih sayang bersama....

    Salam buat ain dari akak yang jauh...