Abahnajwa
Penerbitan kedua tahun ini

Aku mohon maaf kerana sudah lama pondok ini tidak dijengah. Sebetulnya bukan disengajakan. Bulan May-Jun-Julai sememangnya bulan yang amat sibuk.

Kelmarin baru selesai satu internal conference dan juga annual review bagi pelajar2 PhD dalam jurusan Built Environment di universitiku. Alhamdulillah semuanya berjalan sebagaimana direncana.

Selepas ini pelbagai lagi urusan pelajaran perlu diselesaikan. Jika disusun, aktiviti2 memang cukup membuatkan aku sibuk. Dengan lawatan ke Knowsley Safari Park minggu depan, disusul Majlis Apresiasi MSC/KUL 2009 minggu berikutnya. Kemuadian InsyaAllah kami sekeluarga akan ke kota Paris selama 5 hari untuk membawa anak2 ke Disneyland pada pertengahan Jun. Hujung Jun aku ke Stockholm untuk membentangkan satu kertas kerja di satu persidangan antarabangsa. Kembali dari Sweden kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia untuk tugas2 pengutipan data (pilot study) penyelidikan kelak.

Dalam kesibukan itu ada juga berita gembira. Alhamdulillah satu lagi hasil tulisan penyelidikanku diterbitkan di Jurnal Antarabangsa. Kiranya ini adalah yang kedua untuk tahun ini. Ini semua atas doa mak di kampung, hasil dorongan Angah dan Alang sekeluarga, sokongan padu Ain dan anak2, kepercayaan Michael dan rakan2 seperjuangan di LJMU serta kasih sayang dan sokongan teman2 rapat di Liverpool ini. Terima kasih semua!

Klik untuk besarkan imej di atas


Februari lalu sebahagian daripada kajian literaturku juga berjaya diterbitkan di EMERALD publication.

Hasil penerbitan pertama penyelidikan PhD di jurnal EMERALD

Setiap kejayaan mestilah dibalas dengan reward yang sewajarnya. Alhamdulilllah kali ini aku telah membuat keputusan untuk membeli sebuah Netbook Samsung N20 untuk membantu kerja2 penulisan ilmiah bagi PhD dan jurnal2 yang akan datang.

Hari ini hadiah itu telah selamat sampai dalam dakapan. Mandat untuk melengkapkan apa yang wajar ke atas Netbook itu telahpun aku berikan kepada Abu. Aku yakin dia pasti melakukan yang terbaik untuk abangnya ini..Thanks Abu!

Netbook baru..kena rajin kerja nie...:-)

Terima kasih pada Ain kerana merestui pembelian ini. Netbook ini akan menjadi 'companion' kepada Notebook PC Sony Vaioku yang masih berada di KL kini. Buat masa ini Vaio itu digunakan oleh Ida di Malaysia.

Semoga aku terus diberikan keupayaan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai...Amin


Labels: , , , , edit post
Reactions: 
8 Responses
  1. abahnajwa

    bila kita menulis sesuatu dan diterbitkan, hasil itu memang membuatkan hati bebrunga bunga kan. zar sendiri dalam proses nak siapkan buku dan satu artikel sedang dikemaskini untuk dihantar ke Buletin Malaysian Forester..

    semoga terus menulis abahnajwa


  2. tahniah Abah!!

    kalau neeza, tentu rasa terharu dan bersyukur sebab hasil tulisan sendiri di hargai macam tu..

    Alhamdulillah.. teruskan usaha Abah ya..


  3. hanim Says:

    the best moment tentang writing ni, bila depa kata, ur paper has been accepted to be publish on etc etc...

    time tuh rs nak buek kenduri! hahaha

    tahniah!


  4. Abahnajwa Says:

    Zareda

    Abah masih baru bertatih lagi dalam penerbitan ini Zareda. Tapi benar kata Zareda bahawa kepuasan dan kegembiraan tak dapat digambarkan dengan kata2..

    Abah doakan Zareda berjaya dengan buku yang bakal menyusul kelak :-)

    ------------------------------------
    Neeza,

    Nikmat Allah datang dalam pelbagai cara kan Neeza?

    Sangat bersyukur dan terharu..

    Amin..terima kasih untuk doa

    -----------------------------------
    Hanim,

    Hahahaha...memang,,setuju sangat dengan Hanim..rasa nak tumbang lembu seekor..kikiki


  5. PrinCeSS Says:

    alhamdulillah segala kerja keras dah membuahkan hasil..

    tahniah..^^


  6. sya Says:

    Alhamdullilah and congrats Zali


  7. Abahnajwa Says:

    Princess

    Alhamdulillah...

    Kak Sya
    Tq Kak..


  8. kak ina kl Says:

    tahniah..tentu anak2 seronok bila nak gi jejalan tpt mcm tu...

    semuga najwa terus berjaya.d