Abahnajwa
Alhamdulillah...


Sekali lagi di beri peluang oleh yang Maha Esa untuk menjalani kehidupan baru di bumi asing ini...


Sekali lagi dibukakan pintu untuk 'Berhijrah'...


Semasa di tanahair sepurnama lalu..Abang Lang berpesan..


"Rasullullah juga berhijrah dari Mekah ke Madinah tatkala penduduk Mekah tidak dapat menerima apa yang ingin disampaikan baginda pada ketika itu..Beliau kembali ke Mekah setelah Islam harum di Madinah untuk berdakwah di tanah tumpah darahnya...dan Rasullullah adalah sebaik2 insan untuk kita contohi..."


Atas dasar itu aku melangkah pergi...dan aku pasti akan kembali nanti...


Pergi yang kali ini pergi membawa visi yang lebih besar...


Aku juga patriotik seperti yang lain...cuma laluan yang aku rintis mungkin agak berbeza dengan denai yang dahulu..


Doakan aku..doakan kami...




Sayang selalu


Labels: 0 jemari ikhlas menari | edit post
Reactions: 
Abahnajwa





Sudah hampir dua minggu blog ini tidak terusik.  Beberapa teman2 turut bertanyakan hal ini..


"Ada lagi tak komen2 OL ni?"
"Bila nak buat posting N3 baru?"
"Mana dia cerita OL ni beb..tergantung tu cerita dia?"


Aku teruskan N3 OL ini bukan kerana mahu meraih populariti..Apatah lagi publisiti.. Aku terus menulis di sini untuk memenuhi kehendak OL sendiri.. Memang OL mahu kesemua komen2nya ditampilkan di blog ini..Aku sekadar memenuhi permintaan.. 


Berikut aku kongsikan lagi komen terkini OL untuk kalian renung kehalusan bicaranya..










Inilah komen beliau setelah sepi sekian lama (komen terakhir OL adalah pada bulan Ogos 2009). Aku tidak pasti apakah yang mengusik jiwa halusnya sehingga dia kembali menyapa. Rindu barangkali?


Perhatikan ruang2 di antara komen OL kali ini. Setiap ruang yang aku padamkan berisi nama2 mereka yang disebut OL sebagai mereka yang bermasalah dengan aku. Saja tidak aku padamkan tanda 'koma' di antara ruang2 itu. JIka dikira..ada nama yang disebut lebih dari sekali. Tapi keseluruhan nama2 adalah sebanyak 15 nama.


Untuk yang kali ini, biar aku kongsikan isu disebalik komen2 OL agar kalian mendapat gambaran dari perspektif aku. Sebagaimana yang pernah aku nyatakan di dalam N3 terdahulu, orang yang bijaksana adalah mereka yang membuat konklusi setelah menilai segala informasi yang diperolehi.


Segalanya bermula apabila aku (sebagai Penghulu pada ketika itu) dan AJK Tertinggi bertindak menggantung keahlian seorang individu dari 'mailing group" apabila beliau telah menghantar emel berunsur penghinaan ke mailing group.  Individu ini telah bercerita kepada beberapa orang yang mana terdapat segelintir di kalangan mereka ini yang sememangnya mempunyai masalah peribadi dengan aku atau Ain. Mereka ini bertindak sebagai satu pasukan seolah2 isu2 peribadi ini menjadi cebisan2 'jigsaw puzzle' yang sangat cantik bila dicantumkan. Inilah 'Teori Konspirasi' yang menjadi asas ketidakpuasan hati pihak terbabit.  Ada juga yang menangguk di air keruh demi kepentingan dan keuntungan peribadi. Kumpulan konspirasi ini sangat berusaha menyisihkan aku dan dengan lantangnya menuduh aku memecahbelah masyarakat dan menyalahgunakan kuasa hanya kerana tidak puas hati atas tindakan aku dan AJK pada ketika itu. Kononnya, aku telah menyalahgunakan kuasa sebagai penghulu dengan 'menggantung' keahlian  individu tersebut. Isu penggantungan sementara (hanya dua hari) yang kecil ini menjadi begitu hangat dan dijadikan asas untuk memburukkan aku dan dijadikan bahan sindiran di laman 'facebook' dan juga komen di blog. 


Ingin aku jelaskan di sini, bahawa penggantungan terhadap individu tersebut hanyalah selama dua hari. Setelah beliau dijelaskan etika penghantaran 'posting' di dalam mailing group berkenaan, keahliannya kembali diaktifkan. Agak menghairankan apabila si polan ini sendiri telah meng'unsubscribe' keahliannya dari group ini. Apa yang lucu, aku pernah dikhabarkan yang si polan ini bercerita bahawa beliau tidak lagi mempunyai akses dan telah di 'banned' dari mailing group ini. Nah..adakah ini 'fakta' atau 'auta'?. Mungkin ini hanya sekelumit informasi dari koleksi2 auta yang sampai ke pendengaranku. 


Kemuncak aspirasi mereka adalah apabila menganjurkan program berteraskan hari keluarga yang dinamakan "One Malaysian in Otterspool".  Kesungguhan mereka (yang mempunyai isu peribadi dengan kami)  merancang dan menghimpunkan seramai mungkin masyarakat Melayu di sini jelas terlihat  oleh kemeriahan program tersebut.  Aku langsung tidak berprasangka pada mereka yang hadir pada acara tersebut. Pada aku menghadiri program tersebut bukan bukan satu kesalahan. Pada mereka yang tidak tahu agenda dalaman 'beberapa pihak ini'..mereka hadir kerana dijemput dan bukan kerana bersekongkol dengan agenda misteri 'ala-ala protes' tersebut. Noktah!


Persoalannya : 


1. JIka benar program ini berhasrat untuk berkumpul sesama masyarakat, kenapa aku, atas kapasiti Penghulu,  tidak dimaklumkan dan dijemput ke program itu? 


2. Kenapa sanggup menjemput secara peribadi tanpa menggunakan wadah  MSC yahoogroup?


Adakah aku atau mereka yang berhasrat memecahbelahkan  masyarakat  di sini?


Berbalik kepada komen OL kali ini. Ternayata dia bukan calang2 orang. Ilmunya dan firasatnya cukup tinggi. Jika tidak, masakan mungkin segala isu2 berkisar kehidupan aku diketahuinya,


Dari hal beg yang aku pinjam...hinggakan upah memasak  yang kononnya £5 yang aku bayar semasa Ain dalam tempoh berpantang turut sama diketahuinya. Aku berjumpa dengan si empunya bag bertanyakan hal ini. Beliau terkejut dan sangat2 sedih. Aku tanyakan hal ini padanya.


"Ya Allah bang..ni semua fitnah ni bang.. Saya cuma jawab pertanyaan seorang yang rapat dengan saya..tapi bukan itu nada saya.."


"Apa yang diceritakan?"


"Dia tanya pada saya...berapa yang abg Nazali bayar untuk mintak tolong masak masa  Kak Ainon dalam pantang.. Saya jawab..sayapun tak tahu nak charge berapa..sebab tak reti nak charge berapa..yang biasa benda2 macam ni cuma Kak Ainon..Kang nak charge £5 rasa macam mahal sangat sebab bukan masak lauk lainpun..cuma lebihkan saja lauk yang kami masak di rumah.."


Lihatlah betapa OL memutarbelitkan fakta...Penyataan yang asalnya begini diolah dengan niat yang begitu jahat dan berunsur fitnah! Dan aku tidak tahu di mana nilai £5 itu diperolehi..Nilai yang aku bayar lebih dari itu!


Aku usulkan pada siempunya beg untuk berjumpa dengan teman yang bertanyakan hal ini. Barangkali temannya itu boleh memandu kami kepada OL. Temannya itu sangat2 terkejut. Temannya itu seorang yang sangat lurus dan tidak pernah berniat jahat. Beliau rupanya ditanya oleh seorang teman yang lain akan hal ini. Dan beliau dengan lurus bercerita hal yang sebenar tanpa ada sebarang prasangka. Mengetahui hal ini dia sangat kecewa. Dan satu nama telah keluar dari mulut teman si empunya bag. Satu nama yang bukan asing bagi kami! Nama yang sama seringkali berkumandang sebagai penyampai berita yang ke sana sini mengorek dan menjaja rahsia orang..Satu nama yang aku rasakan sangat akrab dengan OL. Kerana banyak isi2 dalam komen2 OL yang mana beliau turut sama hadir atau berada di tempat kejadian. Biarlah aku gelar si penama ini dengan gelaran WIKIPEDIA BERGERAK (WB)sahaja! Pada aku orang2 seperti WB ini sangat berbahaya pada masyarakat. Mulutnya ramah dan mudah mesra.Tapi WB inilah gunting dalam lipatan. 









Unjuran dari komen OL di atas, aku dan Ain bertekad untuk menjemput nama2 yang dinyatakan bagi tujuan berbincang sepertimana yang aku telah nyatakan dalam N3 terdahulu. Malangnya, yang datang pada malam itu adalah mereka yang benar2 ikhlas, keliru dan terkejut dengan jemputan dari kami (selain mereka yang menghantar email mengatakan yang mereka tidak ada isu dengan kami dan tidak dapat hadir pada malam itu.) Mereka yang hadir ingin tahu mengapa nama mereka dikaitkan dalam komen OL sedangkan mereka tiada isu dengan kami. Justeru itu mereka juga kecewa dan marah kerana OL telah mengaitkan mereka dalam komennya di blog aku.


Malam pertemuan perbincangan itu seorang daripada yang hadir menyatakan berkaitan isu 'rumah sewa'. Beliau secara jujur menyatakan yang memang agak terkilan dengan tindakan seorang saudara yang baru hadir terpaksa berpindah sedangkan baru sahaja masuk ke rumah yang dicari oleh AJK yang lama. Dari situ timbul isu yang aku memperlekehkan usaha AJK lama berkenaan yang bersusah payah mencari rumah sewa bagi saudara baru berkenaan. Beliau juga ditunjukkan dengan email yang aku hantar kepada AJK lama berkenaan. Apa yang tidak ditunjukkan kepada teman yang datang pada malam itu adalah email balasan AJK berkenaan kepada aku dan juga email balasan dari pihak aku kepada AJK tersebut.


Bila aku suakan kronologi email2 ini kepada beliau, dia terdiam dan tersentak.


' Saya tak tahu hal email balasan ni, dia tak tunjukpun kat saya email balasan dia dan apa yang awak balas balik ni'


' Awak dah mintak maaf rupanya. Laaa..kalau dah mintak maaf kenapa nak panjang2 lagi ni?..'


Email2 ini masih ada dalam simpanan aku. Sekali lagi aku nyatakan..aku tidak bertindak semberono tanpa ada bukti yang ingin disandarkan. Ternyata mereka yang berkonspirasi ini memutarbelitkan fakta di luar sana. Pada masa itu aku hanya berdiam diri kerana tidak mahu hal ini menjadi besar. Aku berdiam bukan bermakna aku tewas. Sebagai penghulu yang dilantik, aku terpaksa membuat beberapa keputusan yang tidak popular. Aku tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Masih aku ingat, 2 minggu setelah saudara yang baru sampai itu berpindah dari rumah yang diusulkan, terdapat satu kejadian bunuh di rumah yang tidak sampai 100 meter dari rumah asal yang disarankan AJK lama tersebut. Apa kalian mahu tinggal di kejiranan yang sebegitu?


Memang pernah aku kongsikan isu2 peribadi ini dengan dua-tiga orang yang sangat akrab atau pernah akrab denganku. Sungguh menyedihkan apabila kepercayaan yang kita berikan dijadikan bahan untuk menjustifikasi tohmahan yang dilemparkan apabila kami tidak lagi berkepentingan kepada mereka. Perkara2 yang aku dan Ain kongsikan ini kadangkala teramat peribadi dan diceritakan atas tahap kepercayaan yang tinggi. Aku akui ini merupakan kesilapan besar dalam kehidupan kami di bumi UK. Terlalu mudah percaya kepada orang tanpa terdahulu mengetahui hati budi mereka.


Fakta dan bukti yang ada menguatkan keyakinan aku dan Ain yang OL ini terdiri dari mereka yang pernah sangat-sangat rapat dengan kami sekeluarga. 


Jika tidak manakan mungkin semewah ini maklumat mengenai kami yang dia (atau mereka) ketahui..Atau mungkinkah dia mempunyai rangkaian WB di sekeliling pinggang (WB ada pinggang ke?)...


Tak begitu OL?


P.S: Ini dia wajah anak2 aku yang sedang menunjukkan konspirasi mereka kepada aku...(Tak puas hatilah tuuuu)



Labels: 2 jemari ikhlas menari | edit post
Reactions: 
Abahnajwa


Aku terima email..komen2 di laman FB.. dari ramai kawan2 bertanyakan hal OL. Di chatroom YM dan FB juga teman2 merisik khabar perkara yang sama..Antara pertanyaan2 yang disuakan berbunyi begini..


"Haa..kau tahu ke sapa OL ni?"


" Kenapa OL ni tahu banyak sangat hal kau ni? Macam mana dia tahu benda2 ni semua?"


" Kau dah ada suspek yang kau short list ke?"


" OL ni ada lagi kat UK ke beb?"


" Kau rasa OL ni sorang ke dia ni satu konsortium yang ramai2 guna ID yang sama?"


" Entah2 si Penulis A, B atau C tu agaknya? Penulis C tu macam kena aja dengan komen2 yang dia tulis..Dia OL tu kot..?"




Aku tahu kawan2 aku semuanya mengambil berat akan hal ini dan mereka bertanyakan hal ini atas dasar ingin tahu dan ingin berkongsi pendapat. 


Bila aku tanyakan kembali kepada mereka bagaimana mereka membuat kesimpulan dari telahan2 yang mereka nyatakan, mereka pun berkata..


"Aku agak2 ajalah..mana aku tahu siapa OL ni.. Kalau yang tahu lebihpun kaulah kot..sebab kau yang tanggung semua ni.."


" Ni pandangan aku aja lah...betul ke pandangan aku ni?"... 


dan pelbagai lagi andaian yang dibuat untuk membentuk satu konklusi berdasarkan informasi yang terhad..Dan apabila kita membuat telahan atas bukti yang sedikit..maka kesimpulan itu adalah satu konklusi yang rapuh..dan boleh mendatangkan fitnah..


Aku tanyakan kembali kepada mereka..


"Aku ada tuduh ke sapa2 dalam blog ni sapa OL tu?"


" Ada ke aku sebut nama suspek2 aku dalam blog ni yang korang boleh buat conclusion si polan..si polan ni lah si OL yang aku cari tu?"


" Ada ke aku tulis si penulis A ke..B ke..C atau sapa2 yang lain secara konklusif merupakan OL dalam blog aku?"


Dan ini kebanyakan jawapan mereka...


"Hmmm..takdalah pulak kau tulis atau conclude apa2..."


"Dah tu yang kau memandai2 buat kesimpulan tu kenapa?"


"Taklah...aku agak aja..."


"Tulah korang ni..suka buat conclusion tak ada bukti..kalau takda bukti dan aku tak conclude apa2 dalam blog..janganlah nak buat telahan dengan sekelumit informasi yang korang ada tu.."


Mereka terdiam...


Sehingga kini aku tidak pernah menuduh sesiapa OL. Cuba kalian baca dan baca lagi dua N3 terdahulu..


Aku tidak pernah menuduh mana2 pihak..baik penulis A..penulis B..waima penulis C merupakan OL. Apa yang aku katakan terdapat beberapa keywords dalam tulisan penulis C yang memungkinkan dia mempunyai kaitan dengan OL. Dan aku tegaskan juga dalam N3 itu, jika dia bukan OL, adalah amat mengecewakan sekiranya ada pihak lain yang menggunakan keyword "Orang Lama" yang pernah ditulis oleh beliau dalam komennya itu untuk mengaitkan dirinya dalam identiti misteri OL ini. Jika ini yang berlaku, OL yang sebenar telah secara jahat menggunakan hal ini untuk mengeruhkan keadaan. Jika tidak, ia mungkin satu kebetulan yang tidak mujur bagi penulis C.


Dalam pada itu aku nyatakan yang aku masih terbuka dan waras untuk berbincang dan berlapang dada.. Jika memang aku yang bersalah..Aku akan mohon maaf atas kesilapan yang aku lakukan. Kita bicara berlandaskan isu dan kita sandarkan isu ini pada bukti yang sahih dan mutakhir. 


Aku nasihatkan teman2 agar jangan membuat spekulasi dan konklusi atas maklumat yang terhad. Aku sarankan mereka untuk tidak menuduh sesiapa kerana belum ada bukti yang konklusif yang menjurus kepada identiti OL yang sebenar. Aku bercerita dilaman ini bukan untuk mencari kemenangan kerana tiada sebarang imbuhan yang bakal diraih di sini. Aku bercerita untuk berkongsi kisah di pihak kami yang sudah lama kami simpan dari pengetahuan sesiapa. 


Jika ada pihak yang berasa teriniaya dengan apa yang aku tulis di laman blog dan merasakan apa yang aku tulis adalah tidak benar, aku sangat berharap mereka tampil untuk kita sama2 bermuafakat dan berusaha menjejak OL. Kita berani kerana benar. Hubungilah aku secara terus. Kita berbincang dan rungkaikan apa yang terbuku di dada. Tawaran aku masih lagi dibuka.


Selama ini aku dan Ain sudah terlalu lama memendam rasa kerana merasakan berdiam diri adalah lebih baik dari mendabik dada berkokok di sana sini mencari pengaruh untuk meluaskan rangkaian berlandaskan masalah peribadi. Jika tidak kerana dua komen terakhir OL, aku dan Ain sudahpun melupakan hal ini. Biarlah dendam lama OL berkubur bersama imiginasi liar yang menjadi pendorong dan inspirasinya dalam menulis komen. Sepertimana aku tulis dalam N3 terdahulu, dua komen terakhir OL adalah komen yang sangat jahat dan keji. Kalian nilailah sendiri nanti di N3 yang akan datang.


Aku pamirkan 3 komen OL untuk kalian lihat.






Sila klik di sini untuk N3 tersebut. Kalian nilailah komen OL berbanding N3 yang aku tulis. Apa kaitannya anak2 aku untuk di cerca oleh OL dalam hal ini? Tidak cukupkah perasaan tidak puas hati itu dilemparkan hanya kepada aku? Kenapa anak2 turut terbabit dalam hal ini? 




Perhatikan pula 2 komen berantai di bawah ni. Aku padamkan nama2 yang dinyatakan oleh OL dalam komennya untuk menghormati mereka yang dinamakan OL.







Perhatikan kedua2 komen OL di atas. Komen ini aku terima semasa kami sekeluarga berada di Malaysia. Sila kilk di sini untuk N3 berkenaan. Aku mahu kalian nilai isi N3 yang aku tulis, dan setarakan dengan apa komen OL pada N3 "Kepulangan (Part 1..yang dirindu). Dalam pada itu kalian lihat kesemua komen2 yang lain di dalam N3 tersebut. 

Tatkala kesemua sahabat yang memberi komen di N3 berkenaan mengerti nilai kepulangan kami sekeluarga menjenguk emak yang sedang gering, memahami kepayahan yang kami lalui untuk mengikat perut bagi membiayai kos kepulangan yang memangnya bukan sedikit dan tatkala mereka berkongsi kegembiraan apabila kami sekeluarga dapat bertemu emak di kampung di samping keceriaan anak2ku memperoleh apa yang lama mereka rindui dan hajati, OL memberi komen yang sama sekali bercanggah dengan nada teman2 yang lain!

1. Jika kalian berada dalam situasi aku, apakah kalian tidak berasa tersinggung apabila  kisah gembira bertemu ibu yang sedang tenat diperlekehkan sedemikian rupa?

2. Jika anda seorang suami yang isterinya sedang hamil, apakah anda langsung tidak terasa apabila OL mengaitkan anak dalam kandungan isteri anda dibalas Allah dengan tuduhan yang sebegini nista?

3. Jika anda seorang isteri dan ibu, bagaimana pula anda rasa bila kandungan anda disumpah OL sedemikian rupa?

4. Apa kalian rasa jika pelbagai perkataan keji dalam komen kedua OL terkena pada diri kalian sendiri?

Terpulanglah pada kalian untuk menilai.

Pada masa itu Ain sedang hamil. Dia merasa  tertekan dengan komen OL. Seringkali aku menenangkan Ain agar bersabar dengan ujian ini. Namun begitu emosi dan kesedihan Ain terlerai jua..Kalau aku imbau kembali..beberapa minggu Ain sedih kerana komen OL ini..Seringkali persoalan2 ini diajukan Ain kepada aku;

"Jahat sangatkah kita ini sampai begini OL menilai kita bang?"

"Sampai bila kita nak berdiam diri?..Kenapa OL ni tak jumpa kita kalau betullah kita jahat sebagaimana yang dia dakwa?"

"Abang kesian tak dengan baby ni bang? Apa salah baby ni sampai OL sanggup dan sampai hati kata sebegini..?"

"Kita balik sebab tengok mak kan bang? KIta susah2 kat sana kumpul duit berceking perut sebab nak sampaikan hajat nak jumpa mak sebab kita tak tahu keadaan mak akan datang..kenapa bila kita berkongsi kegembiraan dengan kawan2 di blog..OL ni tulis macam ni bang?.."


Dan hampir setiap kali soalan ini diajukan..air mata Ain akan tumpah dan sedih..Barangkali emosi di kala berbadan dua turut sama membuatkan dia cenderung untuk berduka.

Setiap kali aku di sisi emak yang sakit...acapkali juga komen jahat OL ini menyapa aku dan membuatkan aku sedih dan kecewa.

Aku sedih kerana memikirkan ada juga manusia seperti OL wujud dan kami ditemukan dengan insan sebegini. Aku berasa kecewa kerana merasakan adalah tidak adil untuk OL mencerca aku sedemikian dan tidak berhadapan untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya. Aku sedar yang aku juga manusia biasa dan tidak sempurna. Jika dia nampak kesilapan itu dan berniat baik untuk menegur, kenapa tidak berjumpa dan menegur dengan baik. 

Dalam kesedihan Ain dan aku menerima komen2 OL, dalam tekanan perasaan yang aku terpaksa tanggung kerana tidak mahu kesedihan ini mengganggu emosi emak di kampung jika memerhati aku kelak, dalam kepayahan aku melakukan kajian rintis penyelidikan dan pengutipan data PhD aku... KAMI TETAP BERDIAM DIRI!

Baru2 ini aku hubungi Ustaz Erfino meminta pandangan dan panduan. Aku ceritakan tentang komen2 Ol yang aku terima. Aku tanyakan apa yang perlu aku lakukan dalam hal ini. Kami berbincang lama dan beliau meminta aku majukan kesemua komen OL kepadanya. Beliau nyatakan yang beliau akan berbincang dengan Pengarah MSD dan memaklumkan kembali tindakan selanjutnya yang perlu aku lakukan.

Nantilah..jika ada berita dari pihaknya..akan aku kongsikan dengan kalian kelak.

Barangkali ada yang merasakan aku keterlaluan bercerita tentang OL di laman blog ini. Kalian tidak tahu apa yang kami tanggung selama ini. Mungkin juga ada yang menilai berdasarkan informasi terhad yang mereka ada. DI laman blog ini aku ceritakan 'my side of the story'. 

Aku masih teringat pesan seorang mentor di Malaysia dulu..

"Orang yang bijaksana adalah orang yang membuat keputusan setelah menilai segala fakta dan informasi yang menyeluruh..Orang yang bijaksana tidak berfikiran jumud dan bertindak mengikut emosi tanpa terlebih dahulu menyelidik dan membuat pengesahan atas informasi yang mereka perolehi..Orang yang bijaksana tidak bersikap berat sebelah dengan hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja.."

Buat OL..kita berubah dari insan baik kepada insan yang lebih baik..Setiap orang wajar dimaafkan dan siapalah kita untuk menghukum..Renungkanlah..




Nota:


Blog ini akan berpindah ke url berikut http://acmepeers.com/?u=.bvzx 
3 jemari ikhlas menari | edit post
Reactions: 
Abahnajwa



Sehingga kini masih belum ada yang tampil untuk membuat pengakuan sebagai OL. Oleh yang demikian sebagaimana email kedua aku kepada penama2 dalam email layang OL yang aku nyatakan di dalam N3 terdahulu, aku tidak punya pilihan lain daripada terus menyiarkan komen2 layang OL di blog ini dan mengupas rentetan komen2 OL. Aku terlebih dahulu memohon maaf sekiranya aku terpaksa mendedahkan identiti2 individu yang dinyatakan oleh OL di dalam komen layangnya sama ada di N3 ini ataupun N3 yang akan datang.



Pada mulanya aku berhasrat untuk menangguhkan seketika N3 ini untuk memberi peluang kepada OL tampil, bersemuka dan memohon maaf secara terbuka. Malangnya terus OL berdiam diri dan tegar menyembunyikan identiti.


Berikut aku siarkan 3 komen2 layang OL untuk kalian lihat.







Komen 1


Komen 2


Komen 3

3 komen berantai dari OL ini adalah berkaitan dengan N3 bertajuk terima kasih sahabat (sila klik di sini untuk N3 berkenaan). Aku usulkan kalian menilai sendiri N3 yang aku tulis sebelum melihat ketiga2 komen yang diutarakan oleh OL di atas.

Apa pandangan kalian?

Menyorot kepada N3 terima kasih sahabat, sebenarnya ada peristiwa yang menjurus kepada N3 ini. Sesi tegur-menegur ini dibuat secara tertutup dan hanya disertai oleh 7 orang (termasuk aku dan isteri). Komen OL pada N3 ini menunjukkan seolah2 dia tahu intipati perbincangan kami secara terpeinci. Kesimpulan yang dapat aku buat dari komen OL adalah sama ada:

1. 5 orang yang berada di sesi itu (tidak termasuk aku dan Ain) bercerita dengan orang lain secara terpeinci akan hal2 yang kami bincangkan dan orang lain ini (OL) menghentam aku dengan komen2 ini berdasarkan informasi yang diperolehi dari mereka berlima.

2. Salah seorang atau kombinasi mereka berlima ini yang merupakan OL dan menulis komen2 layang di blog aku

Komen OL ini sebenarnya sudah cukup kuat untuk aku menyenarai pendek suspek berkenaan 'OL'. Tapi sebagaimana aku nyatakan dalam N3 terdahulu, kita tidak boleh membuat sebarang pertuduhan tanpa sebarang bukti yang kukuh. Setiap orang adalah 'innocent until proven guilty'!


Oh ya, jumaat malam lalu aku terima satu panggilan dari seseorang. Panggilan pertama beliau tidak sempat aku angkat kerana aku berada di tingkat atas semasa talifon bimbit aku berdering. Sebaik sahaja panggilan kedua berulang seminit kemudian terus sahaja aku angkat. Sebaik sahaja dia memperkenalkan diri, dia terus memprovokasi aku dengan pelbagai soalan dan tuduhan. Semakin lama semakin dia bertempik, menjerit2 dan memaki hamun aku di talian talifon. Dia menuduh aku sering mengganggu keluarganya dan memberi amaran dan mengancam aku agar jangan mengganggu keluarganya lagi.

Aku sangat pasti yang aku tidak pernah mengganggu keluarganya. Tindakan dia menyerang aku telah menimbulkan persoalan dan tanda tanya. Jika dia tiada kaitan dengan OL, kenapa dia tidak mahu datang berbincang secara berhadapan semasa dijemput tempohari. Kenapa pula dia merasa marah dengan N3 aku sebelum ini yang berkisar dengan kisah OL.

Setelah berbincang dengan Ain, kami mengambil keputusan untuk terus melaporkan hal ini kepada pihak polis. Tindakan ini aku lakukan untuk melindungi diri dan keluarga dari ancaman si pemanggil tadi.

Aku laporkan keseluruhan insiden ini kepada polis melalui talifon pada malam itu juga. Selepas mengambil statement dan diberikan nombor laporan, aku dimaklumkan polis berkenaan yang pihak polis akan berhubung dengan aku keesokan harinya (sabtu) untuk tindakan lanjut.

Pada sabtu pagi aku dihubungi seorang detektif dari cawangan yang berhampiran dengan tempat tinggal bertanyakan hal ini. Aku katakan semula apa yang berlaku. Aku ceritakan segala butir panggilan yang aku terima dan kegusaran aku ke atas tindakan yang mungkin dilakukan oleh pemanggil kepada aku dan ahli keluargaku. Aku tanyakan padanya sama ada tindakan yang aku lakukan ini betul atau keterlaluan. Dia menyatakan yang ini adalah tindakan yang sewajarnya dan memberitahu bahawa dia akan menghantar seorang detektif ke rumah aku pada hari ahad untuk berbincang dan mendalami isu ini dengan lebih terpeinci.

Tepat jam 9 pagi semalam detektif itu muncul di rumah dan kami berbincang lama. Aku unjukkan talifon aku dan dia mengambil segala informasi berkenaan pemanggil. Dia bertanya kronologi hal ini dan aku tunjukkan segala komen2 OL kepada pegawai polis berkenaan.

Kami berbincang hampir 30 minit dan dia memberi pandangan berkenaan tindakan2 yang perlu aku ambil sekiranya aku diancam sekali lagi oleh pemanggil. Dia juga menyatakan bahawa segala tindakan dan tulisan aku di dalam blog ini tidak menyalahi undang2 dan menyokong tindakan aku untuk terus menulis di blog ini.


Kini hal OL sudah rasmi dalam perhatian polis.

Dalam pada itu pegawai polis berkenaan menasihatkan aku untuk tidak berhubung dengan pemanggil tersebut. Dia juga mengusulkan agar aku mendapat khidmat nasihat dari 'Citizen Advise Bureau' yang akan turut sama memberikan pandangan dari aspek perundangan berkenaan hak2 aku di bawah undang2 civil.

Kepada OL, aku masih waras dan terbuka untuk menyelesaikan hal ini secara berhadapan dan tertutup.


Kepada mereka yang masih menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap aku, aku masih sedia berbincang dengan fikiran terbuka.




1 jemari ikhlas menari | edit post
Reactions: 
Abahnajwa


Sebagaimana yang aku ceritakan dalam N3 yang terdahulu..Sudah lama blog ini di kecam oleh seorang 'stalker' tegar yang menggunakan nama pena "ORANG LAMA" (Selepas ini menggunakan singkatan OL). Komen pertama OL adalah pada April 2009 dalam N3 aku yang bertajuk "Terima Kasih Sahabat". Sehingga kini aku kira sudah lebih 10 komen yang ditulis oleh OL di laman blog ini. Memandangkan komen2 OL yang mengecam peribadi dan menggunakan perkataan yang memalukan, aku merasakan tidak wajar untuk komennya disiarkan. Tambahan pula jika tulisan OL ini jujur dengan niat untuk menegur, sudah pasti dia cukup berani untuk mendedahkan identitinya. Namun OL seringkali memberikan komen yang langsung tidak berkaitan dengan konteks N3 yang aku tulis serta mengecam, menghina dan menuduh aku dengan pelbagai tohmahan. Lanjutan dari itu aku dan Ain merasakan bahawa komen2 OL ini tidak wajar diberikan perhatian kerana kami yakin bahawa semakin tidak diendahkan tulisan2 OL, beliau pasti kecewa dan menghadapi tekanan kerana usaha2nya tidak mendapat sebarang sambutan. Sebagai gambaran, aku lampirkan salah satu komen OL di dalam N3 di blog ini. (Sila klik pada imej di bawah). Perhatikan kaitan komen beliau berbanding tajuk N3 tersebut. Apa pandangan kalian?

Salah satu komen Orang Lama (OL) di laman blog aku

Usaha terakhir beliau adalah di pada bulan September tahun lalu dan semenjak itu untuk seketika OL tidak lagi menghantar komen2 layang. Aku merasakan dia sudah penat barangkali untuk mencari ide bagi mencaci dan menghina kami.

Rupa2nya sangkaan kami meleset bila minggu lalu dia kembali menulis komen di dalam N3 yang aku khaskan kepada adik Mas Afzal (klik di sini untuk N3 tersebut). Dan komen yang kali ini OL turut menyebutkan nama2 orang yang difitnah, bermasalah dan tidak puas hati dengan kami dalam pelbagai isu yang langsung tidak berkaitan dengan N3 yang ditulis.

Kali ini aku dan Ain merasakan tindakan OL sudah keterlaluan kerana pelbagai perkara terlintas di fikiran kami, antaranya:

1. Benarkah kesemua nama yang dinyatakan OL dalam komennya memendam rasa dengan kami sebagaimana yang didakwa OL?
2. Adakah OL mempunyai bukti di atas segala tuduhan2nya dalam email layang itu?
3. Benarkah orang2 yang dinamakan dalam email layang OL itu mengadu dan bercerita dengan OL sedemikian rupa?

Kerana jika segala pertuduhan OL adalah berasas maka dia perlu mempamerkan bukti atas tuduhannya kerana dalam apa jua pertuduhan, tanggungjawab untuk membuktikan terletak pada 'si penuduh' dan bukannya 'yang tertuduh'. Kami tahu OL tidak akan berani untuk mendedahkan identitinya dan dia juga mungkin beranggapan emailnya kali ini tidak akan diendahkan sebagaimana biasa  aku dan Ain.

Dan di situlah silapnya OL dalam hal ini. 

Komen OL kali ini membuatkan kami nekad untuk bertemu muka dengan penama2 yang dinyatakan. Kerana:

1. Mungkin OL adalah salah seorang di antara nama2 yang dikatakan bermasalah dengan kami.

2. Jika tidak, mungkin juga penama2 ini pernah bercerita dengan OL tentang ketidakpuasan hati mereka kepada OL

3. Atau mungkin penama2 dalam email itu sememangnya tidak puas hati kepada kami tetapi tidak berani bersemuka dengan aku dan Ain untuk menjernihkan keadaan

4. Tapi yang lebih dikesalkan adalah sekiranya penama2 ini langsung tidak tahu yang namanya diperkotak katikkan OL di dalam emailnya dan mereka difitnah konon2nya bermasalah dengan kami.

Aku dan Ain seringkali dituduh oleh OL takut untuk bersemuka dengan penama2 ini dan oleh itu, kali ini kami menyahut seruan OL untuk bertemu dengan kesemua penama2 dalam email layang OL.

Aku tulis dan hantar email kepada semua penama2 ini untuk berbincang kerana aku merasakan jika penama2 ini jujur dan ikhlas untuk menyelesaikan sebarang kekeruhan sebagaimana yang didakwa OL, maka tiada apa yang perlu dikhuatirkan. Kita berbincang, berlapang dada dan selsaikan segala isu yang ada bersandarkan bukti yang jelas.

Email yang aku hantar semuanya menggunakan 'Blank Carbon Copy (BCC)' untuk tidak mendedahkan siapa penama di dalam email layang OL. Email layang OL juga tidak aku lampirkan dan aku katakan yang salinan email ini akan diberikan kepada penama2 yang hadir. Kaedah begini akan secara telus membuatkan penama2 itu tertanya2 siapa lagi yang mendapat email jemputan ini. Aku pasti takda siapa yang tahu siapa yang menerima email jemputan ini kecuali:

a. Penerima2 ini bercakap dan bertanya kepada orang lain
b Tentunya OL sendiri mengetahui siapa yang terkandung di dalam email layang itu kerana senarai ini berpunca dari email yang dia keluarkan!

Hasil dari jemputan yang ini:-

a. Ada yang terkejut tapi menyatakan yang mereka akan datang untuk mengetahui perkara sebenar berkenaan email OL
b. Ada yang menulis email mengatakan tidak dapat hadir atas alasan peribadi namun secara ikhlas menyatakan yang mereka tidak mempunyai sebarang isu dengan kami dan mendoakan agar misi bertemu OL berjaya melalui sesi perbincangan ini
c. Ada yang bersetuju untuk hadir tetapi tidak bersetuju dengan masa pertemuan kerana sibuk dan tidak mahu menggangu waktu persekolahan anak2 serta mencadangkan agar perjumpaan di buat pada hujung minggu.
d. Ada yang menghantar email tidak mahu hadir kerana bekarja dan tidak mahu campur dalam hal ini. Seketika selepas itu orang yang sama menghantar email tambahan menyatakan yang akan tetap tidak hadir walaupun beliau tidak bekerja pada masa pertemuan (hmm..musykil bukan?).
e. Yang tidak langsung menjawab email sama ada akan hadir atau tidak seolah2 membisu seribu makna. Untuk kategori ini aku tidak pasti sama ada mereka akan hadir atau tidak pada sesi tersebut.

Kenapa tidak mahu berjumpa sekiranya tiada isu? Entahlah..akupun tidak pasti rasional tindakan mereka itu. 

Aku hantar email kedua meminta mereka yang tidak memberi jawapan dan tidak dapat hadir atas alasan2 tertentu untuk hadir pada sesi pertemuan itu.  Aku tidak lagi mahu menangguh2 kan isu yang sudah lama diperkatakan di belakang kami sekeluarga sebagaimana pernyataan OL dalam emailnya. Aku tegaskan bahawa kehadiran mereka sangat penting untuk menyelesaikan isu ini. Berikut adalah email yang aku hantar kepada senarai nama tersebut:



Berani kerana Benar...

Aku dan Ain sudahpun bersedia untuk memohon maaf sekiranya memang kami bersalah. Dalam pada itu sekiranya isu itu berbentuk fitnah..mereka yang bersalah perlu memohon maaf kepada kami. Adil bukan? 

Hasilnya perjumpaan jam 8 malam itu hanya dihadiri oleh aku, Ain dan 5 orang jemputan ( ini tidak termasuk dua penama yang lebih awal menghantar notifikasi mengatakan yang beliau tiada sebarang masalah dengan kami).

Kami berbincang secara terbuka akan isu yang diutarakan. Malam itu aku edarkan email layang OL yang menyatakan nama2 mereka yang bermasalah dengan kami. Dan turut aku edarkan keseluruhan 10 email2 layang terdahulu dari OL yang ditulis di laman blog ini.

Hasil pertemuan ini kami simpulkan beberapa perkara:-

1. Informasi yang ditulis oleh OL telah diolah dan diputarbelitkan sehingga menimbulkan fitnah yang sangat jahat dan negatif.
2. Informasi ini terlalu peribadi dan terperinci yang tidak boleh diperolehi melainkan oleh orang2 yang hampir dengan penama2 yang hadir (mungkin juga diberitahu hanya kepada teman2 yang sangat2 akrab di kalangan mereka)
3. Informasi yang pernah didengar oleh mereka yang hadir selama ini hanya pada sebelah pihak (yang menyebabkan mereka tidak puas hati kepada kami) Tetapi setelah bukti kami pamerkan, persepsi mereka berubah sama sekali dan memohon maaf atas judgement yang salah ke atas kami selama ini.


Beberapa cadangan dan usul turut diperolehi antaranya melakukan laporan kepada pihak berkuasa, menyiarkan kesemua komen2 OL di laman blog  dan lain2 lagi usaha untuk menjejak OL ini.

Aku kira perjumpaan ini berjaya mencapai sebahagian objektif yang ditetapkan. Sekurang2nya kini OL tidak boleh mendabik dada lagi mengatakan yang aku BACUL dan PENAKUT untuk berjumpa dengan mereka yang dikatakan mempunyai isu dan masalah dengan aku.

Aku akan terus berkongsi komen2 dan email layang OL untuk dinilai oleh pembaca2 blog ini dalam N3 yang akan datang. Aku dan Ain sudah lama bersabar menanggung Aib dari tuduhan2 sebegini. Aku tidak akan menulis sekiranya aku tiada asas dan bukti untuk disandarkan. Jika OL atau orang2 yang mengenali OL (dan juga bersekongkol dengan OL) ada bukti untuk menuduh aku dengan pelbagai tohmahan, jemputlah ke rumah aku untuk kita bersemuka. Aku dan keluarga memang tiada sebarang masalah dengan mereka yang pernah menggunakan orang ketiga untuk merisik khabar hal kami. Jika memang aku yang dibuktikan bersalah, aku dengan rendah hati akan memohon maaf atas kesalahan aku. Atas dasar yang sama aku minta mereka yang aku buktikan bersalah meminta maaf kepada aku dan keluarga aku.

Aku kira hal ini sudah selesai tapi rupa2nya tidak. Aku dimaklumkan rakan2 kesungguhan aku untuk berdepan dan menyelesaikan masalah secara tertutup (sebagaimana email panggilan kedua yang aku lampirkan di atas) disindir2  dan diperlekehkan di laman Facebook. Dan mereka masih bercerita, sindir menyindir, kutuk mengutuk dan masih lagi berada pada pemikiran di takuk lama. Hanya berani sekadar bergebang di belakang seperti tong kosong. Bila berhadapan tidak pula berani bertentang mata dan kelu seribu bahasa. 

Aku tidak omong kosong di sini. Allah itu maha kaya, aku dititipkan dengan 'print screen' perbualan mereka di laman Facebook berkenaan (Mereka ini bukan dalam senarai 'friend' aku di FB dan ada yang sampai sanggup mengecualikan aku dan family dan juga rakan2 aku kerana tidak mahu aku melihat identiti dan komen2 mereka di lama FB. Lucu bukan?.)

Aku kongsikan chat list mereka untuk kalian nilai.. Aku 'delete' nama2 mereka atas dasar ikhsan..  dan aku gantikan nama2 mereka dengan Penulis A, B dan C.


inilah yang mereka bualkan dilaman FB


Penulis A dan Penulis B merupakan mereka yang dijemput sama untuk sesi perbincangan tetapi tidak hadir pada sesi perbincangan itu. Manakala Penulis C tidak dijemput kerana sudah pulang ke Malaysia setelah mendapat gelaran Dr.


Bila aku imbau rupanya Penulis C pernah menulis komen dalam salah satu N3 di blog aku satu ketika dulu . Komennya walaupun Anonymous tetapi ditulis dengan nama beliau (aku padamkan namanya sekali lagi atas dasar ikhsan). Komen ini tidak aku siarkan tapi tetap aku simpan.




Yang lebih menarik dia melabel dirinya sebagai "ORANG LAMA" dalam komen itu (sila rujuk komen beliau di bawah) .




Perhatikan perkataan "ORANG LAMA" yang aku tandakan dengan kotak kuning di dalam komen di atas. Aku tidak pasti bagaimana dia menginterpretasi N3 ini hingga dia memberikan komen di atas (Sila klik di sini untuk N3 berkenaan)


Aku tidak pasti adakah beliau ini OL atau tidak. Yang aku pasti beliau (Penulis C) juga menggunakan perkataan yang sama (T***q) dalam perbualannya di laman FB bersama dua orang teman sebagaimana komen OL di imej awal yang aku paparkan.


Jika dia bukan OL, aku berasa kasihan kerana jolokan namanya dalam komen "Masyarakat yang aku kenali: Part 3" Telah digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keadaan. Walaubagaimanapun ayat Penulis C di dalam perbualan FB tersebut adalah sangat memalukan apatah lagi apabila perbualan sebegini boleh dilihat dan dinilai oleh orang2 yang berada di dalam senarai 'friend' mereka di laman FB.


Kepada penulis A, B dan C... anda takut? Memang patut anda takut dan malu. Anda tahu siapa anda..Akupun tahu siapa anda.




Insaflah...


Labels: , 3 jemari ikhlas menari | edit post
Reactions: